02 April 2016

RINDU


     Sekarang dekat kolej. It's 8.03 pm. And I don't know what to do rn. Bilik loker semua dah habis kemas. Esok baru nak start kuliah sem 2. No assignments or tutorials yet. Rasa lifeless gila. Nasib baiklah ada roommates 3 orang ni haa takdelah rasa sunyi sangat. Cepatlah isya' and then I will call it a night.

     Kalau dulu zaman sekolah, bila balik asrama lepas cuti panjang, kecoh gilaaa masing masing. Potluck memang akan ada walaupun tak pernah berjanji nak buat. Waktu prep malam memang tak payah cerita lah bising tahap apa, dengan nak melantaknya, dengan nak copy homework lagi, mulut pulak riuh nak update pasal cuti masing masing. Iyelah waktu dulu tak famous sangat lagi whatsapp instagram apa semua so jarang buat live update on the spot pasal cuti masing masing. Bila balik asrama lah masanya nak bukak cerita pun. And trust me it feels a thousand times better bila bila dapat bercerita face to face sambil pau makanan orang. Allahu, rindunya zaman tu.  

     Dulu takde masa nak melagha macam ni. Kalau pukul 8 malam ceni ada kat asrama lagi memang saja nak kena hambat dengan Cikgu Has lah. Sekarang mesti tengah prep malam. Mesti ada yang tengah berjalan pergi lelong makanan yang tak habis dekat kelas lain. Dia selalunya 15 minit pertama bolehlah nak berjalan merata lagi, kalau dah pukul 8.30 baik kau duduk diam diam sebelum pengawas datang round. Setakat pengawas yang ronda okay lagi boleh kautim, buatnya warden yang bertugas hmmm matilanak.

    Then habis prep malam pun pegilah solat isya' lepas tu serbu DM. Dia kalau supper yang suam suam kuku yang orang tak pandang sangat macam roti ke senang lah. Tapi kalau dapat mee hailam ke bihun sup ke haaa beratur lah kau panjang panjang. Dulu jeles tengok barisan lelaki jarang panjang berjela macam perempuan, sistematik betul jejaka Intesaber ni sangat recommended untuk dibuat calon *thumbs up* Pernah sekali punyalah beria beratur tiba tiba roti canai dah habis, ya Allah time tu rasa sedih gilaa macam kena betray dengan mak cik DM sampai menangis wehh tak tipu. Kenapa entah mengada emosional sangat time tu. Sebabkan kesian, mak cik DM pun masakkan bihun goreng hehehe THANKS MAKCIK ILOVEYOU :D

    Habis makan balik asrama tunggu AlMulk, tapi lepas AlMulk bukannya terus tidur. Pegi pulak cari member yg kelas lain sebab tadi time prep sempat cerita pasal cuti dekat classmate sendiri je. So bersidailah dekat kerusi besi tu takpun nak lagi feel lepak dekat kerusi batu sambil ditemani cahaya bulan. Sembang punya sembang bila tengok orang macam dah sikit baru lah nak masuk tidur sebab karang kalau semua orang dah tidur karang seram pulak nak tidur sorang sorang. Maka berakhirlah diulit mimpi semuanya, sekian. 


RINDU KE ANATI?

Lol kau gilaa tak rindu weh lima tahun rutin yang sama menipu kalau tak rindu. Daripada aku form 1 zaman tak matang sampailah form 5 zaman acah acah matang, inilah benda yang dok ulang ulang. Rindu. Serius rindu. Okay dah isya'. Bye :')







Yang Merindui,
Anati

THANK YOU READERS :)

0 comments:

Post a Comment

Drop your comment :)