Assalamualaikum.
Ini post segera. Tidak sempat nak brainstorm intro berbunga-bunga. Mungkin juga kerana blog telah lama ditinggalkan begitu saja, maka otak pun dah berkarat nak karang ayat dengan sebaiknya.
Alhamdulillah, sudah seminggu aku bergelar pelajar USIM. Itu bermakna sudah seminggu jugalah aku turun naik tingkat lima, dah seminggu jugaklah aku berebut bas dan dah seminggu jugaklah aku washing pakai tangan setelah lima bulan washing machine di rumah menabur bakti. Alhamdulillah, takde sakit ke homesick ke apa ke, mungkin kerana pengalaman lima tahun di INTESABER telah mematangkan aku, mungkin.
Masa mula mula ambik kunci rumah, terkejut bila tahu dapat rumah dekat tingkat lima. Bila sampai dekat Kolej Kediaman Nilam Court, double terkejut sebab rupa rupanya blok F tu bertentangan dengan blok para jejaka. Takpelah, sabarkan aje lahh, takkan nak demand lebih lebih pulak nak mintak tukar blok bagai, so terima je lah dengan senyuman :)
Nilam Court ni jauh woo daripada USIM, adalah dalam 20 minit, so pagi pagi kenalah beratur menunggu bas. Err actually takdelah beratur mana, bila nampak je bas datang daripada jauh lagi dah ada yang singsing lengan dah, ready untuk berebut. Bas tu umpama harta yang tak ternilai harganya, yang mana semua penduduk Nilam Court akan berusaha sehabis baik untuk memastikan diri berjaya membolos masuk ke dalam bas. Itu baru cerita nak pergi kuliah pagi pagi, belum lagi cerita nak balik kolej petang petang pulak. Tak sanggup lah nak cerita bagaimana dahsyatnya adegan merebut tersebut, tidak sesuai untuk bacaan umum, ahhaaa gituuu.
Cakap pasal housemtes pulak, aku ada lima orang housemates. Tiga mek kelate, dua lagi gadis kedah. Seronoklah jugak belajar banyak loghat ni, comel je loghat loghat diorang. Walaupun kami berlima bukannya kuliah yang sama, tapi bila balik rumah riuh lah mulut bercerita itu ini itu ini.
Tu diaa housemates aku, tu tiga tiga mek kelate. Auni, Tasnim dan Tirra. Tasnim ngan Tirra ni memang berpisah tiada. Daripada sekolah yang sama, dapat tamhidi yang sama, dapat rumah yang sama then dapat pulak kuliah dan tutorial yang sama. Hmm kuat betul jodoh haha.
Okay, enough pasal USIM, lain kali sambung lagi. So sekarang ni nak cerita semalam punya cerita.
Semalam, Umi, Abah, Muiz, Naufal, Nafiq datang melawat aku dekat Nilam Court ni haa. SERONOOOOKKKKK SANGAT BILA FAMILY DATANG!!! Betullah kot macam orang selalu kata, semakin jauh, semakin kita belajar menghargai. Memang tak sabar sabar tunggu bilalaah umi abah nak sampai. Tambah tambah lagi bila ada birthday boy, MUIZ, lagi lahh eden excited.
Tu dia, birthday boy yang duk control macho kat tengah tu haha. Rasa terkilan jugaklah sebab tak dapat nak bake birthday cake untuk Muiz padahal dia dah request tolong buatkan kek borthday dia sejak buka Februari lagi. Tapi dah angah masuk USIM 25hb, tak dapatlah angah nak buatkan kek birthday Muiz T.T Nasib baiklah sempat belikan hadiah untuk dia.
Haihh, dah besar dah adik sorang ni. 13 tahun dah, sekolah menengah dah. Rasa macam sekejap je dia membesar. Dulu kecik comel senang je nak dibuli. Sekarang dah besar tak comel tapi still senang nak dibuli lah muahahahhahahah XD
Tu dia Naufal dan Nafiq yang bakal bersunat minggu depan. Semalam sembang dengan Nafiq, dia kata dia cuak nak sunat sampai rasa tak boleh nak tidur hahaha. Haihh ruginya tak dapat tengok muka cuak diorang bersunat nanti. Takpelah, angah ada mission yang perlu diselesaikan dekat USIM ni, nanti angah tengok gambar cuak Naufal Nafiq dekat whatsapp je lahh.
Hahaha saja nak throwback gambar raya zaman dulu. Zaman Naufal Nafiq takde lagi, zaman aku pakai tudung style mak cik mak cik (sekarang pun macam mak cik mak cik jugak -.-') , zaman Muiz kecik comel ringan boleh buat main lambung lambung,
Cukup sudah coretan buat kali ini rasanya. Ingatkan boleh habis menaip before the clock strikes 12 am tapi nampaknya dah exceed dah ni. Okay, kena tidur sekarang sebab esok ada kuliah pagi. Again, HAPPY BELATED BIRTHDAY MUIZ . Assalamualaikum.
Yang Merindui,
ANATI
anatiii .haha lama x posttt .wahh congrat dapat usimm .dpt course apaa ?hehe ;)
ReplyDeleteHahaha HAIIIII, tulahhh, lama sangat dahh tak post, MALAS.
Deletekita dapat tamhidi sains dan teknologi :)