28 February 2014

#TeamGENESIS dan KAHWIN


.: ASSALAMUALAIKUM:.


     Fuhhhh, setelah sekian lama terjejak kembali jari jemari ini dalam dunia blogging. Ecehh, dulu punyalah bersemangat waja konon nanti dah habis sekolah banyaaaaaak masa free so bolehlah update blog selalu. Namun begitu, ternyata semua itu hanyalah khayalan semata-mata, tiada yang benar melainkan yang benar. Mungkin kerana medium blog yang memerlukan penulisan berjela jela menyebabkan manusia lebih cenderung untuk berjimba di Facebook mahupun twitter. Dan mungkin juga kerana faktor usia Marc Zuckerberg yang makin tua, twitter menjadi option utama meninggalkan facebook diam seribu bahasa. Ya, ini tidak adil, tidak adil *sila nyanyi macam Yuna*

     Dan apabila berbicara mengenai twitter maka selalunya timeline dipenuhi warga lepasan SPM yang menganggur mahupun bekerja bahkan para pelatih PLKN jugaa mencuri masa untuk bertwitter tiap kali hujung minggu tidak kira di mana jua mereka berada. Masing masing penuh dengan kata kata rinduan bagaikan sudah 10 tahun tidak ketemu. Selain itu, timeline turut dipenuhi tweet tweet kpop yang dipelopori Aisyah Kamal dan Wani Suhaili. Dan tidak ketinggalan tweet gosip retis Melayu yang sentiasa diupdate oleh Syahidah Chetak. Dan juga tweet kegembiraan mendapat lesen dan kekecewaan akibat kecundang bahana terlanggar line putih meninggalkan getaran kepada kami yang masih belum test JPJ. Tidak kurang juga yang cuba untuk memeningkan kepala, mendesak jiwa dengan countdown result SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi. Namun begitu, itu semua tidak dapat melawan satu topik hangat yang menjadi perbualan #TeamGENESIS saban hari saban waktu di mana selagi terdaya selagi itu akan dibicarakan sepenuh jiwa.















     Tu diaa Chetak pengganti Kiah Propa, Ustaz Akmal kesayangan anak murid, Mielin the Glamourous, Siddiq Jejaka Malaya, Azmiera Si Cantik Manis and Muadz Si GeniusTidak perlulah dipersoalkan lagi topik apa tentunyaa topik berumah tangga. Haha serius cakap, sehari tak cakap pasal kahwin tak sah. Mencari masa je masing masing nak pancing pasal kahwin. Mungkin kerana faktor peningkatan usia agaknya menyebabkan hormon menggila secara tiba-tiba. Alhamdulillah setakat ni semuanya berazam tinggi untuk menjadi suami soleh dan isteri mithali, semoga tercapai insya-Allah. 



     Nak berbicara panjang pasal jodoh terasa kerdil pula diri ini kerana umur pun baru sahaja menginjak lapan belas, belum cukup mafhum tentang topik ini. Namun begitu, acapkali kita didengarkan dengan potongan ayat suci Al-Quran di atas tentang jodoh. Well said, berusahalah kita untuk memperelok diri supaya nanti dianugerahkan pasangan yang baik. Namun begitu, banyak juga telemovie dan drama yang mempamerkan kisah pergolakan rumah tangga contohnya suaminya ustaz tetapi isteri curang dengan lelaki lain tak pun isterinya baik alim tetapi suaminya kaki pukul. Tidak dinafikan perkara sebegini turut terjadi di alam realiti but don't worry. Everything happens with reasons. Allah is the best planner and He knew the best for us. So, keep faith #TeamGENESIS, moga kita semua dapat jodoh yang baik nanti, insya-Allah.

     Teringat dulu ketika masih bersekolah, isu couple turut hangat diperbincangkan. Katanya hendak dibawa hubungan itu ke syurga tapi masih hidup atau tidak esok hari pun tidak dapat dijamin lagi. Sesungguhnya kita manusia sungguh mudah lalai kerana cinta. Fikiran dikaburi dengan ungkapan cinta kerana Allah sedangkan peraturan peraturan cinta yang Allah tetapkan tidak pun kita laksanakan. Kejarlah cinta Allah dahulu sebelum mengejar cinta manusia. So #TeamGENESIS marilah kita bersama sama mendapat cinta Ya Rabb nescaya Allah akan menganugerahkan cinta manusia kepada kita. It's only a matter of time kawan :)


     Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan di twitter, #TeamGENESIS ni macam ramai je yang nak kahwin awal haha. Lets say kalau yang dah ada calon macam eheeeemmm eheeeemm tu, pastikan itu pilihan yang betul betul terbaik untuk kita. Macam mana nak pastikan? Solat istikharah kan ada. Solat istikharah bukannya kena buat time confuse nak kawin je, tapi dalam apa jua keadaan kita boleh dirikan solat sunat istikharah. Nanti bila #TeamGENESIS ramai ramai dapat straight A's then pening kepala nak pilih scholarships mana sebab banyak sangat dapat offer, buatlah solat istikharah. Then nanti ragu ragu nak pilih course apa, buatlah solat istikharah, insya-Allah Allah akan tolong. Have faith ye #TeamGENESIS :)


     Kepada semua yang membaca, mohon maaf jika ada hati-hati yang terasa. Terima kasih juga diucapkan kepada tuan punya tweets yang terpapar di atas tadi. Di kesempatan ini juga, diminta bantuan semua untuk mendoakan kami #TeamGENESIS supaya berjaya mencapai pengharapan ibu bapa dan guru-guru kami dalam result SPM yang bakal keluar tidak lama lagi. May Allah bless us, amin :')   


Saya Sudah Lapan Belas,

ANATI



THANK YOU READERS :)

6 comments:

  1. anatii,lamaa tak updatee eh .hehe ohh cerita pasal kahwin tu semua budak perempuan sukaa ahaha.ohh ya good luck for spm semoga dpt byk A`s ok .wish me too hehehe happy blogwalking :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha kann cakap pasal kahwin laajuuuu je semua haha.
    Ehh korang apa cerita, sunyi je semuaa, bila nak jumpa ni :(
    Insya-Allah. Semoga kita sama sama berjaya dengan cemerlang.
    May Allah bless us. Amin :')

    ReplyDelete
  3. have faith! baiklah Anati si penaung. inshaallah durian cuba. haih balik plkn terus kena tazkirah kahwin. pening pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, kat kem plkn tu tak jumpa calon ke kak hahaha XD

      Delete
  4. betullaa.. tetiba terfikir my very last destination dlm life ni--' nak kata kawin, mungkin mati dulu.. like it or not memang syurga nerakalah final.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, there's nothing that we can be sure of. Siapalah kita untuk menentukann, Allah held the plan, even before we took the first breath.

      Delete

Drop your comment :)