03 September 2011

HIDUP UNTUK PEPERIKSAAN


... assalamualaikum ...

       Hey , readers :)) OTW balek rumah , Anati baca majalah GenQ and ada satu artikel nih yang Anati rasa , I should share it with others . Before baca article nihh , Anati nak tegaskan yang tujuan Anati post artikel nih bukannya untuk condemn sesiapa but sebab rasa sayang dan tanggungjawab , got it ?

       Artikel nih berkisar tentang manusia yang HIDUP UNTUK PERPERIKSAAN . Menurut inche pengarang , Ahmad Badrul Sani Baharudin , ciri-ciri mereka yang hidup untuk peperiksaan ialah  : 


 1 . Menganggap peperiksaan dan ujian adalah 

segala-galanya. Gagal peperiksaan umpama

runtuhnya langit dan terbelahnya bumi .


2 . Sanggup melakukan apa sahaja demi 

memastikan 'A' dalam genggaman :

meniru , menipu , meletakkan nota di 
dalam tandas untuk dirujuk semasa 
peperiksaan berlansung , berpakat
bahasa isyarat : itu adalah modus 
operandi mereka .


3 . Setiap masa fokus hanya tertumpu  

kepada peperiksaan sehngga masa makan 

diabaikan , masa riadah tidak diendah
dan ada yang mencari alasan untuk
mengelat untuk bersolat .


       Pendek kata , mereka yang hidup untuk peperiksaan ini alpa tentang kenyataan sebenar bahawa yang mencipta kejayaan adalah Allah s.w.t. Mereka percaya 100 % bahawa kejayaan disebabkan keupayaan dan usaha sendiri . Mereka juga lupa bahawa yang meminjam kenikmatan adalah Allah dan yang menguji kita dengan kegagalan juga adalah Allah s.w.t .

       Golongan yang berfikiran sebegitu akan merosakkan hubungan dengan Allah . Apa yang Allah suruh , disanggah. Apa yang Allah  larang , dilanggar . Sikap ini tidak mungkin mengundang kejayaan yang hakiki !

       Sebenarnya , perkara yang utama perlu kita lakukan ialah berbuad baik kepada pemberi kejayaan yakni Allah s.w.t. Buad apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang . Perkara yang wajib perlu kita utamakan . Sebelum bercakap pasal solat hajat , qiamullail dan solat dhuha , molek kiranya kita muhasabah solat yang lima . Sebelum bebicara tentang surah-surah pilihan yang elok dibaca sebelum menghadapi ujian , molek kiranya kita muhasabah sama ada al-Quran dipegang dan dibaca .

        Kita semua perlu kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t . Jangan terlalu obses dengan usaha untuk mencapai kejayaan sehingga hubungan kita dengan Allah s.w.t terjejas . Seiringkan usaha kita denga menyempurnakan ibadat wajib serta doa , kemudian bersyukur . 

         Ikhtisarnya , kita perlu sedar bahawa peperiksaan yang terpenting adalah peperiksaan yang bakal dihadapi oleh setiap manusia tatkala berdepan dengan Allah s.w.t selepas hayat meninggalkan badan . Adakah kita sudah cukup bersedia untuk peperiksaan tersebut ?


        Anati harap sangat semua pembaca dan juga diri Anati sendiri dapat faham dengan sedalam - dalamnya tentang mesej yang cuba disampaikan . Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka . Anati sedar Anati pun banyak melakukan kesilapan dan kepada semua yang mengenali diri ini , tolonglah tegur kesalahan Anati .


        Hurm , apepun Anati nak mintak jasa baik semua pembaca doakan kejayaan Anati dan kawan-kawan dalam peperiksaan PMR yang hanya menghitung hari . Sekian , renung-renungkan dan selamat beramal ! * ape nihh tiru tagline orang !*







p/s : esok balek asrama dahh !!! waa !!




THANK YOU READERS :)

5 comments:

  1. semugaa anati berjaya!! :)

    http://irsyanim.blogspot.com/2011/09/raye-jalan-jalan-raye-dan-hantu-bonceng.html

    ReplyDelete
  2. hahaha....kebetulan aku pun ade beli gak majalah ini....tertarik dengan artikel tentang tabi'in, sulaiman tentang peristiwa ketampanannya diuji tuhan....

    ReplyDelete
  3. visiting and following ur site =)gdluck in PMR!

    ReplyDelete

Drop your comment :)