01 September 2011

HAPPY EID ! :)


... assalamualaikum ...

     First and foremost , Anati nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada sume orang yang sudi singgah BLOG BURUK Anati nihh . Haish , sekejap jea Ramadhan dah berlalu , semoga kita sume dapat berjumpa ngan Ramadhan lagi next year .

      Cehh, nampaknye sume blogger dah update blog pasal raya ,Anati jea yang ketinggalan . Tak bole jadi nihh , kena buadd post pasal raya jugakk ..

       Sume orang mesti tengah happy kann beraya . Pakai baju baru , kasut baru , pendek kata sume barang baru laa kann .. Tapi dalam kita berseronok tuhh , kita kena ingat bahawa ada orang yang beraya dalam keadaan beduka cita . Baru pagi tadik Anati baca dalam paper tentang rakyat Somalia yang sambut raya dalam keadaan menderita . Tetibe rasa sedih bila bayangkan saudara seagama kita sambut raya dalam keadaan yang macam tuhh . Bersyukur laa kepada Allah s.w.t sebab kita ditakdirkan hidup dalam negara Malaysia yang aman damai nihh .. Owh , sambil tuhh nak ucapkan jugak Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke-54 . Semoga negara kita terus bebas daripada penjajahan kuasa asing . :))

        Back to the topic , Anati ada satu cerita pasal raya yang Anati nak share ngan sume readers . Harap kita sume dapat laa ambik pengajaran apa yang patut . 



Suatu hari , Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :
"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.
Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.
Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.
Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.
Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.
Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.
Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.
Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.
Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."
Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

        See . Even bergelar anak kepada seorang khalifah ataupun pemimpin , anak Umar Al-Khattab tidak berasa malu ditertawakan sebab tak pakai baju baru time Hari Raya . Mungkin ramai yang akan kata yang dia tu anak orang alim , memang laa iman dia kuat . Kalau macamtuhh , kenapa kita tak bole didik hati kita untuk menjadi sehebat dia ? 
       Point yang Anati cuba sampaikan kat sini ialah kita jangan laa menganggap pakai baju baru time Hari Raya tuh sebagai satu kewajipan . Memang dituntut melakukan perkara sunat tapi mengikut kemampuan kita jugak . Jangan laa kita nangis bergolek-golek depan mak ayah semata-mata sebab tak dapat baju baru , mungkin mak ayah kurang berkemampuan . 
      Okay laa , Anati just nak bagi peringatan kepada sume saudara seISLAM dan juga diri Anati sendiri . Kalo apa yang Anati cakap nih salah , tolong laa tegur eyhh .. Before undur diri , Anati nak memohon maaf kalo selama jadik blogger nihh Anati ada terKASAR bahasa atau terSINGGUNG perasaan pembaca blog Anati nihh .
     Yeay ! Dapat jugak update pasal raya :)) Haa~ Anati nak tidur dulu , kumpul tenaga untuk beraya esok pulakk .. :D
kaum kerabat lelaki belah abah
kaum kerabat perempuan belah abah

p/s : Kepada saudari Syahidah Chetak , jangan laa berduka pasal baju raya anda yang terjahanam tu eyhh .. HAHA 

... assalamualaikum ...



THANK YOU READERS :)

0 comments:

Post a Comment

Drop your comment :)