... Assalamualaikum ...
Wahh wahh , setelah sekian lama baru lah rasa bersemangat untuk mencoret kembali . Ecewahh , takde lah rasa bersemangat sebenarnya . Cuma terasa PERLU memandangkan keadaan yang berlaku .
Anyway , SCHOOL'S LIFE IS OVER ;)) HAHA , ramai junior bertanya seronok ke Kak Anati oii dah habis sekolah ni haa . HAHA . Entahlah dik , tak tahu nak rasa apa. Feelingless gituu , hehh . Belum sampai lagi kot rasa tuhh =.='
Semua orang pun dah update blog pasal sekolah , SPM , kawan kawan bagai . Semua pun gaya ala ala Kenangan Mengusik Jiwa gitu . Memang hati nih pun meronta-ronta nak update pasal sekolah , macam macam kenangan 5 tahun hidup kat ceruk bumi tu haa . Tapi rasanya ada benda yang lagi penting yang perlu diberi PENJELASAN buat masa sekarang ni haa . Rasanya laah kann , kot org nak baca blog Anati ni haa .
Apa pun , Anati mintak maaf awal-awal kot lah apa yang bakal tercoret selepas nih akan mengguris hati , jiwa , ginjal mahupun pankreas mana-mana pihak. Harap maaf . Mungkin bakal ada kata-kata yang tak bertapis ke apa ke . Harap maaf. Anati dah cuba jadi seNEUTRAL mungkin untuk menulis post nih tanpa dipengaruhi sebarang unsur-unsur ASID atau ALKALI , tapi kot lah ada satu dua mambang yang terlepas masuk dalam badan nihh dan menyebabkan perubahan emosi secara mendadak , harap maaf lah ye .
Okaay , rasanya ramai especially intan payung GENESIS yang sedar akan keadaan yang berlaku . Ohh , terutamanya yang rajin berTWITTER dan berFACEBOOK tuhh , kelakar laah kalau tak rasa macam ada aura awan hitam mendung yang berarak kat TWITTER dengan FACEBOOK tu kann . Then ramailah yang keluar nasihat macam macam yang mana nasihat anda anda semua amat laah dihargai . Ehh , ni bukan sindir, tapi betul betul appreciate usaha intan payung GENESIS untuk pastikan tiada perselisihan yang berlaku . Serious memang terharu dengan korang punya caring tuh . Terima kasih sahabat :)
Namun begitu , hati ini sedikit terluka apabila ada juga yang membuat andaian sesuka hati tanpa sebarang penyelidikan yang sepatutnya . Sebagai orang yang terlibat sama dalam apa yang berlaku dari A sampai Z , yang tahu apa yang terjadi , apa masalah yang sebenarnya , Anati tersangatsangat lah sedih bila ada yang tak tahu cerita dua dua belah pihak tapi mula lah melakar kata-kata yang tak sepatutnya .
Tak salah nak bela kawan , memang itu kerja kita sebagai seorang sahabat . Anati pun memang nak bela kawan Anati, memang . Dua dua pihak, dua dua pun kawan Anati. Tapi cuba jadi rasional , fikir dalam-dalam sebelum kata macam-macam . Mungkin betul kami yang salah , mungkin patut kami dipersalahkan tapi jangan terlampau mudah keluarkan kata-kata yang macam nakk mintak gaduh macam tuhh . Apa guna persahabatan 5 tahun kita ? Suka duka kita 5 tahun ? Jatuh bangkit kita 5 tahun ? Mana semua tu ?
Anati mengaku yang ada sebahagian antara kami tersalah bicara , tersalah gaya . Mungkin terlampau dipengaruhi emosi agaknya . Harap maaf atas kekhilafan kami semua . Harap maaf sangat sangat . Mungkin juga kami lah punca segala-galanya . Sekali lagi maaf dipinta . Takde sapa pun nak keadaan jadi macam nihh . Takde sapa pun nak friendship kacau macam nihh . Wehh , gila ke tak sayang friendship ?! 5 tahun kott , korang semua ni lah peneman suka duka semua . Tak kisah lah boys ke girls , memang korang laah sahabat . Tapi girls tu lebih sikit laah kann , itu mmg sehidup semati punya sahabat :)
Eheh , mata terasa panas dah nihh . Aishh aishh , Anati jangan macam nih , jangan. NEUTRAL kann balik diri anda . Tarik nafas , hembus . Tarik nafas , hembus . Hahhh~
Okaay , dah kembali rasional . Meh sini nak sambung . Harap maaf kalau Anati lebih menyebelahi kawan-kawan Anati . Anati hidup dengan diorang dah lama . Itu laah muka yang jumpa hari hari dekat asrama tu haa . And maybe sebab kami nih jantina nya sama , so lebih memahami isi hati masing-masing . Anati faham macam mana rasanya kalau kononnya diri nih dibenci ramai dekat aspura tu haa . Tak tawu laah betul-betul dibenci ke takk , tapi katanya begitu lah . Bila dah dengar berita macam tuh memang rasa tak nak jumpa mana-mana lelaki pun . Memang rasa insecure gila , memang rasa paranoid gila .Memang rasa semua lelaki macam fake je gelak-gelak dengan korang pastu kat belakang mengutuk habis-habisan . Kalau ada yang dahsyat tuh memang kadang-kadang rasa macam tak nak kahwin tuhh . Haihh , parah betul =.='
And itu lah yang terjadi dekat kawan Anati yang sorang nihh , antara watak utama drama yang tengah berlangsung nihh . Bila dah dengar katanya ramai yang menyampah dekat dia , tak ke sedih seluruh jiwa raga , luluh hati dia . Ate kawan kawan yang selama nih duk bergelak tawa bergurau senda dengan dia , rupa-rupa ada tak puas hati dengan dia. Sedih weh , sedih . Lagi lagi kalau orang yang kita trust yang buat macam tuhh , memang rasa nak nangis guling-guling wehh . Time tu tak kisah cerita tu betul atau hanya rekaan semata-mata , tapi memang air mata jatuh dulu laah .
And untuk menenangkan hati yang berduka lara , memang kerja sahabat-sahabat ni lah untuk datang membantu . Harap maaf kerana dia tak kuat untuk tahan sorang - sorang, pasal tu lah dia perlukan kami .
And harap maaf sekali lagi kalau kami nih dengan lantangnya berkata itu ini untuk menenangkan dia tanpa memikirkan hati-hati lain yang terobek sana sini . Emosi , kami kalah dengan emosi , harap maaf lagi sekali . Mungkin kami dengan berdegar-degar nya nak tunjuk GIRLS' POWER dekat korang tanpa sedar yang mungkin kami punca segala-galanya terjadi . Harap maaf untuk ke berapa kali entah dah nihh =.='
Cehh , tumpah jugak air mata ni haa . Tak cukup kuat rupanya kau ni Anati . Hehh =.=' Ingatkan tough sangat , leleh jugak akhirnya . Haihh ~
Macam senang je kann dok cakap 'HARAP MAAF' banyak banyak kali .Macam senang je semua orang nak make up like nothing happen before this . Iyaa , Anati sedar ramai yang terluka , ramai yang terseksa . But HARAP MAAF is the best word right now . Tak kisah lah nak anggap apa tapi HARAP MAAF nih memang datang daripada hati yang Insya-Allah tulus ikhlas laah mintaknya .
Ohh , harap maaf sekali lagi jikalau ada yang tidak berpuas hati kenapa Anati nak kena heboh benda nih kat blog . Buat malu GENESIS je , agak-agak gaya macam membuka pekung di dada gitu . Sorry lah guys , rasanya ini je medium yang selayaknya untuk Anati coret panjang-panjang macam ni haa . Krg kat TWITTER tuh memang 100 kali tweet pun tak habis-habis lagi . Kat FACEBOOK pulak , nanti ramai pulak yang terlibat yang tak baca sebab FACEBOOK tu pun dah nak sunyi sepi je gayanya . Nak tulis mesej hantar kat sorang-sorang , phone eden pulak hilang . So , blog buruk ni je laah tempat nak meluah rasa . Harap takde laah ye yang tak puas hati . Kalau tak puas hati jangan cakap belakang , meh kasi tawu sini , nanti lagi dua tiga hari Anati delete lah post ni kalau itu yang boleh puaskan hati .
Akhir sekali , again , Anati wakil diri sendiri and sahabat-sahabat Anati yang lain mintak maaf dekat semua yang terlibat dan tak terlibat . Kami mintak maaf dekat semua intan payung GENESIS kalau kalau kami punca keretakan yang berlaku. Harap maaf sangat sangat.Ye , kami sepatutnya sedar yang kami ni bukan siapa-siapa . Harap maaf atas keterlanjuran kata kami , kepoyoan gaya kami , kekasaran comment kami , ketidakmatangan tweet kami dan semua silap salah kami . Tolong laah maafkan . Ni dah tahap merayu dah nih . Tolonglah unite as GENESIS balik , okaay . Wehh , sayang GENESIS sampai tak tahu nak cakap macam mana ni wehh. Haihh , makin laju berlinangan pulak dahh. Hehh , sorry sorry ~
Guys ,
just nak korang tahu , whatever happen , memang korang lah orang yang Anati carik , yang Anati paling percaya . Sayang gilaa korang wehh LILLAHI TAALA . Tolong laah faham benda tuh . Jangan pernah lupa kenangan kita selama nihh . Segala-galanya .
GENESIS ,
THANKS AND SORRY FOR EVERYTHING :)UHIBBUKUM FILLAH ABADAN ABADA
p/s : HARAP MAAF jika teremosi :(
HAMBA YANG MEMOHON,
ANATI
awwww,jangan nangis :(
ReplyDeletenangis gulingguling takleh tahan : p
HAHA .
DeleteNangis guling guling tuh tak maksudkan sapa-sapa okay .
Mana tak leleh wani , pasal kawan kott .
Teremosi lebih pulak :(
panjangnya. -.-' baguslah kau.
ReplyDeleteEntah kenapa ,
Deletelaju je jari jemari nih menaip sampai tak sedar panjang gini jadinya .
Tak bagus ahh , buat org sakit mata je baca panjang-panjang macam ni haa .