16 February 2013

SEWANGI HARUMAN SYURGA


... assalamualaikum ...


     Hawa acapkali dikatakan lemah . Dan lama-kelamaan Anati sendiri mengakui ungkapan tersebut memandangkan bagaimana pertolongan daripada kaum Adam amat diperlukan terutamanya untuk melakukan kerja-kerja berat . Hatta rusuk Hawa juga merupakan kepunyaan Adam , manakan tidak Hawa sentiasa bergantung kepada Adam . 

     Namun begitu , aku khilaf Ya Allah . Bukan semua Hawa itu lemah . Iye , mungkin Anati ini lemah orangnya , tapi ramai lagi Hawa di luar sana yang kental jiwanya . Terlampau pantas aku menilai , Ya Allah ~

     
Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia :)


     Sungguh aku lupa tentang perjuangan wanita Islam yang terdahulu . Sungguh aku lupa tentang wujudnya Siti Khadijah di belakang Nabi Muhammad S.A.W . Sungguh aku lupa hebatnya cinta Rabiatul Adawiyah kepada-Mu , Ya Allah . Sungguh aku lupa ketauhidan Sumayyah terhadap-Mu , Ya Allah . Namun begitu , bisakan wujud lagi Hawa yang sekental itu pada zaman ini , Ya Allah ?

Sunngguh MASIH WUJUD :)


     Kemelut yang berlaku di Palestin telah menyaksikan kembali kebangkitan kaum Hawa . Perjuangan para Mujahidah yang setanding dengan Mujahidin . Perjuangan para Mujahidah yang jarang kita ketahui . 


ASSYAHIDAH WAFA' BINTI IDRIS



[wafa.bmp]

     Wafa' syahid ketika 27 Januari 2002 pada umur 26/28 tahun . Wafa' melakukan amaliyyah istisyhadiyyah dengar meletupkan tubuhnya di tengah-tengah Bandar Al-Quds ( Baitul Maqdis) menyebabkan beberapa orang Yahudi terkorban dan 150 orang Yahudi tercedera . Wafa' merupakan Mujahidah Pertama yang melakukan serangan sebegitu . Beberapa hari kemudian , ulama-ulama di Universiti Al-Azhar , Kaherah , Mesir mengisytiharkan bahawa kematian Wafa' adalah SYAHID . SUBHANALLAH ~


ASSYAHIDAH AYAT MUHAMMAD AKHRAS



     Beliau menemui syahid pada 29 Mac 2002 seawal usia 16 tahun . Usia 16 tahun yang mana Anati juga masih ditenggelami keseronokan dunia . Ya Allah ~ Beliau melakukan amaliyyah istisyhadiyyah di sebuah pasaraya yang terletak di Kyriat Hayovel , Jerusalem . Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah (Atas) Bait Laham yang sangat cerdas dan bijak . Beliau bercita-cita untuk menjadi wartawan yang akan menghebahkan kepada dunia tentang kekejaman Yahudi Laknatullah . 


"Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai

kita . Mana yang lebih indah , mati dalam ketidakberdayaan 
dan kehinaan atau gugur di medan jihad ? Kematian seorang mujahid
akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid yang lain ,
bukan sebaliknya ."
~ASSYAHIDAH AYAT MUHAMMAD AKHRAS~


ASSYAHIDAH HIBA AL-DARAGHMA 


[daraghma.bmp]

     Beliau menemui syahid ketika berumur 19 tahun pada 19 Mei 2003 . Beliau melakukan amaliyyah istisyhadiyyah di Bahaguan Luar Amakim Shopping Mall , Afula Utara Israel yang menyebabkan 3 orang Yahudi terbunuh dan 93 cedera . Beliau adalah seorang muslimah yang tidak berbicara dengan mana-mana lelaki ajnabi dan menghindarkan dirinya untuk minum kopi atau teh di kafe Al-Quds Open University . Semua temannya hanyalah pelajar muslimah . Sepupu beliau sendiri , Murad , tidak pernah melihat wajah beliau .

" Saya tidak pernah melihat wajah Hiba , saya tidak

pernah berbicara dengannya , saya tidak pernah
berpimpin tangan dengannya . Pertama kali di dunia
ini saya melihat wajahnya adalah pada Islamic Jihad
Poster uang dibuat seteliah beliau syahid ."
~MURAD , SEPUPU ASSYAHIDAH HIBA ~


ASSYAHIDAH REEM SOLEH AR-RIYASHI



     Reem syahid pada umur 22 tahun ketika 14 Januari 2004 . Reem merupakan seorang mahasiswi jurusan sains . Amaliyyah Istisyhadiyyah yang dilakukan Reem telah menyebabkan 4 tentera Yahudi terbunuh dan lebih 10 tercedera .

"Demi Allah , kalian boleh saja meremukkan tulang belulangku,

memotong-motong tubuhku serta mampu mencincang-cincangnya.
Tetapi kalian tidak akan pernah boleh mengubah agamaku dan 
mengubah panji perjuanganku . Ingatlah selalu ucapanku . 
Wahai diri ! Jadilah kamu sebagai penentang Zionis yang memiliki
rasa dengki abadi kepada musuh agamamu . Jadikanlah setiap 
titis darahmu sebagai penghantar dirimu menuju syurga 
yang kekal abadi."
ASSYAHIDAH REEM SOLEH AR-RIYASHI


    Reem adalah seorang ibu muda yang mempunyai dua anak , Dhuha (kurang daripada 3 tahun) dan Muhammad (1 tahun setengah) hasil perkahwinan beliau dengan Ziyad 'Awwad , 27 tahun . Reem adalah seorang isteri yang taat kepada suaminya dan memiliki komitmen yang tinggi . Beliau memohon izin dari suaminya terlebih dahulu untuk melakukan operasi . Izin adalah syarat yang telah ditetapkan Brigade As-Syahid Izzudin Al-Qassam sebelum seseorang melakukan operasi . Ziyad menyambut baik hasrat isterinya itu . Bahkan Ziyad turut serta dalam mengordinasikan tugas yang dilakukan Reem pada pagi Rabu itu . Ziyad lah yang menghantar isterinya ke pos perbatasan militer Israel di Irez . Pos itu merupakan pemeriksaan ribuan pekerja Palestin yang hendak melintasi perbatasan  menuju wilayah yang diduduki Israel sejak 1948 . Ziyad sempat tinggal sejenak berhampiran pos pemeriksaan untuk memastikan bunyi ledakan bom yang akan diledakkan oleh isterinya. Ziyad berasa tenang saat mendengar bunyi ledakan tersebut . Jasad Reem hancur berkeping-keping bersama-sama ledakan bom yang diikat di tubuhnya .


Untuk lebih banyak info , sila klik sini . *Terima kasih daun keladi kpd TUAN PUNYE BELOG*


    Subhanallah ~ Ya Allah , betapa kerdilnya aku untuk dibnadingkan bersama mereka , Ya Allah. Apakah pengorbanan yang aku telah lakukan untuk agama ? Ya Allah ~ Rahmatilah para Mujahidah ini , Ya Allah .

 Daripada Ubadah Bin Shomit katanya bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Di sisi Allah , orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu : 

1 . Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancut keluar . 

2 . Melihat tempat duduknya di syurga . 

3. Dihiasi dengan hiasan iman . 

4. Dikahwinkan dengan bidadari syurga. 

5. Dilindungi daripada seksa kubur. 

6. Diamankan daripada kedahsyatan Hari Kiamat. 

7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya . 

 RIWAYAT IMAM AHMAD , AL-BAZZAR DAN AT-TOBARONI

  
 Bila baca pasal keberanian para Mujahidah nih , meremang bulu roma Anati . Ya Allah , besarnya pengorbanan mereka dalam memperjuangkan agama . Semoga roh mereka dicucuri rahmatmu , Ya Allah . AMIN ~

Hamba yang lemah ,
ANATI






THANK YOU READERS :)

0 comments:

Post a Comment

Drop your comment :)